Friday, February 18, 2011

Peluang Mahathir buktikan dirinya seorang pencinta demokrasi

Ini adalah peluang Cepu Emas bagi mantan PM Mahathir untuk membuktikan kebenaran tentang dakwaannya bahawa beliau tidak suka ISA dan menentang Operasi Lalang dahulu.

NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mempelawa Tun Dr Mahathir Mohamad secara sukarela menyertai kempen menuntut akta kontroversi ISA dimansuhkan jika bekas perdana menteri itu berkongsi hasrat yang sama.

Jika dakwaan Dr Mahathir itu benar (bahawa polis menghalangnya mansuhkan ISA), kenapa dia ghairah mempertahankan ISA selama ini? Kenapa ISA terus digunakan meluas bertahun-tahun, menjelang Operasi Lalang pada 1987, gerakan reformasi 1999 hingga 2001 dan perang menentang keganasan selepas 11 September? Lihat di sini

No comments:

Post a Comment