Monday, December 28, 2009

Ahmad Said kepada Najib : Kembalikan hak rakyat Trengganu


Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said berkata kerajaan negeri menolak jumlah bayaran dari kerajaan pusat.

Menurutnya, Kerajaan Negeri telah menjelaskan secara detail kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak betapa perlunya Kerajaan Pusat mengembalikan hak rakyat Terengganu mengikut perjanjian asal.

Demikian penegasan yang dibuat Ahmad Said Dalam sidang Dun Terengganu baru-baru ini, ketika menjawab soalan lisan PAS Rhu Rendang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Selain itu, Terengganu memutuskan bahawa royalti dibayar terus oleh Petronas kepada Kerajaan Negeri, manakala semua pembayaran yang telah dibuat oleh Petronas kepada Kerajaan Persekutuan dalam tempoh 2000 hingga 2009 adalah dianggap pembayaran royalti kepada Terengganu.

Jumlah royalti yang dituntut Kerajaan Negeri Terengganu bagi 2000 hingga 2009 sebanyak RM2.792 bilion, namun Kementerian Kewangan tetap dengan keputusannya untuk membayar balik wang itu sebanyak RM1.686 bilion saja.

"Selagi perkara itu tidak diselesaikan, (maka) perjanjian (berkaitan) tidak akan ditandatangani.

"Dan kerajaan negeri Terengganu akan menarik balik kes mahkamah jika kerajaan negeri berpuas hati dengan jumlah royalti yang akan dibayar, " tegas Ahmad Said.

No comments:

Post a Comment