Tuesday, December 22, 2009

Sendiri ponteng mahu salahkan orang lain

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang merupakan salah seorang Menteri UBN yang ponteng semasa pembentangan Bajet 2010 itu cuba pula menyalahkan Pakatan Rakyat. Menteri tersebut cuba memperbodohkan rakyat , ingat semua orang bangang seperti kaldai.

Menteri ini berkata, Negara boleh terjerumus ke dalam satu krisis yang dahsyat sehingga meruntuhkan sistem ekonomi sekiranya pembangkang berjaya menggagalkan Bajet 2010 daripada diluluskan di Dewan Rakyat pada Isnin lalu.

''Apa akan jadi kepada negara?
Maknanya habislah, hancurlah negara ini.
Itu kesannya,"

Hancur negara kepala hotak engkau! Yang hancur tu UBN bukan Negara! Hoi Husni! Ko ingat UBN sahajakah yang layak mentadbir Malaysia ini? Sekiranya bajet tersebut gagal diluluskan, sudah tentu pilihanraya umum baru terpaksa diadakan. Hancurkah Negara kalau UBN ranap? Ko takut sangat hadapi PRU kah?.

Puak-puak Umno tak sedar-sedar lagi ; bahawa kewangan Negara itu bukan hak-milik Umno untuk difaraidkan hingga sanggup menyekat peruntukan kepada kerajaan-kerajaan negeri selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri. [klik sini]

Bahawa setiap rakyat disetiap negeri, tidak kira dibawah pentadbitan UBN atau PR, mereka berhak menerima peruntukan dari kerajaan pusat kerana mereka merupakan pembayar cukai.

Mereka hanya mentadbir dana sebagaimana yang telah diuluskan oleh Dewan .

No comments:

Post a Comment