Friday, September 25, 2009

Benarkah PAS sokong tindakan Hasan Ali?

PAS sepatutnya menyokong usaha Dewan Undangan Negeri Selangor mengadakan Select Committee on Competency, Accountability & Transparency (SELCAT) untuk memastikan ketelusan dan integriti dalam pentadbiran negeri.

PAS telah berjanji dalam manifestonya untuk menjadi sebuah kerajaan yang telus, yang mahu memansuhkan Akta Rahsia Rasmi (OSA), yang mahu menggubal undang-undang baru Hak Mendapatkan maklumat (Freedom of Information Act).

Kalau PAS menyokong, mengapa pemimpin PAS Selangor Hassan Ali dibiarkan mencabar SELCAT yang dipengurusikan oleh Speaker Dewan secara terbuka?

Terkini , PAS Selangor mahu pendengaran siasatan awam tersebut dibuat secara tertutup. . Kita belum pasti apakah pendirian PAS yang sebenarnya dalam isu tersebut kerana kenyataan tersebut hanya disuarakan oleh seorang 'Setiausaha'

Saranan itu bukan sahaja bertentangan dengan asas kewujudan jawatankuasa khas DUN Selangor itu tetapi juga semangat kerajaan Pakatan Rakyat yang mengutamakan "kebertanggungjawaban dan ketelusan."

4 comments:

  1. apakah jika diadakan secara tertutup itu tidak telus? Ingat isu Penyapu Khir Toyo? jangan ulangi kesilapan yang sama.
    Hassan Ali BUKAN tentang SELCAT! dia minta penambahbaikan...beza tu....
    Ingat kakitangan awam hanya budak suruhan...

    ReplyDelete
  2. dato'
    Mengapa mesti tertutup? Mengapa takut siasatan terbuka? Yang benar tetap benar. Apa takut? Udah bodoh nak jadi budak suruhan, enko jawable dengan betoi. Jangan jawab dengan gaya bodoh.

    Penambahbaikan apekebende kot nak sorok2? Tertutup tu akan dilihat cuba nak sorok dan tidak telus. Noktah.

    ReplyDelete
  3. Dato’; Ana pinjam kata-kata Al-Bakistani :
    Penyapu yang Khir Toyo bagi kat pegawai daerah tidak boleh disamakan dengan isu selcat. Pemberian penyapu Khir Toyo kepada pegawai daerah, dibenci oleh rakyat. Adapun pendedahan selcat ini, disukai oleh rakyat. Rakyat penentu undi dalam sistem demokrasi. Justeru, kiasan pemberian penyapu dengan isu selcat, adalah kias maa al-fariq. Kias yang tidak mempunya kesamaan illat pada usul dan furuknya.Wallahu ‘Alam

    ReplyDelete
  4. ntahlahhhh...yang saya tahu , kalau nak marah anak pun jangan marah depan orang..nak marah isteri jangan bagi anak tahu... Itu akhlak yang Islam ajar...Dalam PAS sebagai parti Islam tentu berbeza dengan DAP dan PKR...berbeza pada cara namun matlamat tetap sama..Kalau Yong PKR atau DAP, pendapat Yong betul tapi tidak bagi PAS! dedahkan hasil..itu yang rakyat nak tahu...saya rasa rakyat tak marah kalau pendedahannya memuaskan.
    Betul pada pandangan Bakistani... tapi tidak pada semua pandangan orang... Pegawai kerajaan adalah juga sebahagian rakyat..jangan banyakkan musuh..tumpukan kepada umNO sebagai musuh...
    umNo akan berusaha membanyakkan musuh kita supaya umNo senang nak lawan kita...itu yang saya rasa..wallah hu A'lam.

    ReplyDelete