Friday, July 17, 2009

Besar Kemungkinan Dibunuh - Ngeh


Merujuk kepada trajedi kematian Teoh Beng Hock yang dikatakan terjatuh dari dari tingkat 14 di Ibu Pejabat SPRM Selangor petang kelmarin, Dato Ngeh Khoo Ham berkata, “Besar kemungkinan beliau telah dibunuh.”

Ngeh berkata demikian dalam sidang media disini yang diadakan oleh Pakatan Rakyat Perak pagi tadi.

“Pihak CIA pernah menggunakan dadah dalam melakukan penyiasatan mereka supaya seseorang itu hilang kewarasannya,” kata Ngeh.

Beliau berkata, “Beng Hock dipanggil oleh SPRM sebagai saksi untuk memberi keterangan keatas ADUN Pakatan Rakyat yang sedang disiasat PSRM; tetapi PSRM telah gagal untuk memberikan perlindungan yang sewajarnya keatas beliau sebagai seorang saksi.PSRM perlu bertanggung jawab atas apa yang telah berlaku keatas beliau.”

Ngeh juga mendakwa, siasatan yang dilakukan keatas beberapa ADUN keturunan Cina Pakatan Rakyat di Selangor oleh SPRM itu bukanlah suatu siasatan yang sebenarnya.Langkah tersebut hanyalah suatu tindakan ‘harassment’ semata-mata.

“Saya amat yakin, bahawa mereka yang disiasat oleh SPRM itu adalah bersih belaka,” terang Ngeh.

“Tetapi mengapa tiga katak di Perak tidak pun disiasat oleh mereka walaupun laporan terlah dibuat,” tanya Ngeh.

“Ternyata bahawa SPRM adalah suatu cabang Jabatan Perdana Menteri,” kata Ngeh.

No comments:

Post a Comment