Tuesday, July 14, 2009

Manek Urai : Muhyiddin gagal jelaskan isu royalti minyak dan gas Kelantan

MANEK URAI, 13 Julai - PAS Kelantan kesal dengan tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Petronas yang masih belum memberi penjelasan berkaitan isu royalti petroleum.

Dalam sidang media yang dibuat pagi tadi, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Husam Musa, berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang penjelasan berhubung isu royalti minyak dan gas yang masih menjadi tanda tanya.

"Kurang tempoh 48 jam lagi tempoh pengundian bermula, tetapi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Petronas masih belum memberi penjelasan berkaitan isu royalti petroleum," katanya kepada pemberita.

Namun begitu, walaupun Petronas masih belum memberi penjelasan tentang isu royalti petrolem tersebut, beliau masin bersikap positif.

"Saya menganggap isu royalti minyak yang kita kemukakan memberi satu tanda serta impak yang positif kepada kemenangan PAS di Manek Urai.

"Terima kasih diucapkan kepada Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, kerana beliau menyokong isu royalti petroleum di Kelantan yang patut dituntut Kerajaan Negeri," ujar beliau.

Ujarnya, menurut kebiasaan mana-mana perjanjian yang termaktub sebelum ini adalah terpakai.Beliau juga mengulas sekiranya perjanjian 1990 sebelum ini telah termaktub, pihak kerajaan persekutuan perlu menunaikannya.

Jelasnya, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, dan beliau sendiri yang akan menjadi wakil bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan bagi membincangkan isu berkaitan.

Menjawab kepada pemberita, "Sebenarnya Kerajaan Negeri Kelantan telah lama menunggu surat rasmi tuntutan Royalti Petroleum ini, tetapi baru bulan Mac 2009 baru-baru ini baru kita pihak Kerajaan Negeri dapat siapkan".

"Dan daripada rekod Jabatan Statistik, sumbangan Kelantan kepada produk pengeluaran minyak petroleum adalah lebih tinggi berbanding Sabah iaitu sebanyak 6.5 peratus."

Selain itu, mengenai isu yang dimainkan Umno-BN sendiri, mahu jadikan Manek Urai sebagai "Anak Emas", Husam berkata, sedangkan Umno-BN telah pun mempunyai enam kerusi DUN, tetapi kenapa mereka tidak menjadikan "Anak Emas" ke atas enam DUN yang mereka kuasai itu.

Bermakna di sini, ini adalah janji-janji politik Umno-BN semata-mata.

No comments:

Post a Comment