Tuesday, July 21, 2009

Sejak bila SPRM jadi Institusi orang Melayu?

Beberapa pencacai Umno/BN melemparkan tuduhan bahawa Isu kematian Teoh Beng Hock telah dieksploitasi oleh Pakatan Rakyat menjadi isu politik dan perkauman.

Isu kematian TBH adalah satu tragedy yang mengundang banyak tanda Tanya dan pentadbiran Najib Tun Razak perlu dipertanggungjawabkan.

Siapa kah yang mempolitikan isu ini sebenarnya kalau bukan Umno/BN sendiri?

Siasatan SPRM keatas 7 ADUN Pakatan Rakyat Selangor berkisar kepada peruntukan RM500,00 kepada setiap mereka. Salah satu fokus siasatan SPRM adalah hal yang membabitkan pembelian bendera yang bernilai RM2,500 sahaja ; bukankah ini tidak setara dengan aduan Pakatan Rakyat terhadap skendal PKFZ – RM12 Billion dan istana mewah Khir Toyo yang dilaporkan melibatkan RM24 juta namun tiada apa-apa tindaklan diambil.

Jelas, bahawa SPRM dipergunakan untuk menyiasat 7 ADUN Pakatan Rakyat Selangor lebih kearah motif politik untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan di Selangor setelah mereka berjaya di Perak dengan Modus Operandi yang sama, tatkala mengenakan tuduhan rasuah keatas Jamaluddin dan Osman.

Kematian misteri Teoh Beng Hock di pejabat SPRM Selangor bukanlah isu perkauman kerana tidak kira Melayu, Cina atau India jika berlaku kematian ia melibatkan kehilangan nyawa rakyat Malaysia.

Namun pencacai Umno/BN turut mendakwa Pakatan Rakyat cuba menjadikan isu kematian TBH berupa perkauman atau rasis.Siapa yang rasis sebenarnya?

Pada 19 Julai lalu, Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Zainul Ariffin Mohammed Isa telah menulis kesimpulan bahawa seolah-olah Pakatan Rakyat telah menjadikan kesedihan kematian Teoh sebagai modal politik dan serangan orangramai adalah kemarahan orang bukan-Melayu terhadap institusi Melayu. [KLIK] Sejak bila SPRM jadi institusi orang Melayu?

Siapa yang rasis? Apabila Tan Boon Hwa, seorang lagi yang disiasat bersama-sama Teoh Beng Hock, tetapi di bilik berasingan., sewaktu memberi keterangan beliau berulangkali dipanggil ‘Cina Bodoh’.oleh pegawai yang menyiasat.

Beliau dikenakan tekanan mental dan fizikal ketika disoal-siasat oleh SPRM. Boon Hwa dipaksa berdiri selama empat jam oleh pegawai SPRM yang mengugut akan mencederakannya dan akan menculik isterinya jika beliau tidak "bercakap benar".

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub menegaskan, pemimpin Umno sepatutnya menjaga imej dan integriti SPRM dan polis bukannya menjadikan kedua-dua institusi tersebut kuda tunggangan mereka. Baca lagi di sini

1 comment:

  1. hehehe baru2 ni je sprm jadi institusi melayu. sejak pengarang berita hairan ckp mcm tu. org dok bising nape cina dan india tak mahu kerja kat jabatan kerajaan.

    kalau depa nak tahu sbbnya seperti pengarang berita hairan tu tulis le. institusi melayu hehehehe bukan institusi kerajaan yop.

    ReplyDelete